Artikel Jurnal :: Kembali

Artikel Jurnal :: Kembali

The mediating role of participation on bonding, bridging and linking social capital and empowerment toward community development : a study among squatter settlements in Tehran, Iran

([Publisher not identified] , [Date of publication not identified] )

 Abstrak

Salah satu daripada matlamat pembangunan komuniti terutamanya bagi golongan miskin seperti penduduk setinggan ialah pengukuhan jaringan sosial atau lebih dikenali sebagai modal sosial dalam masyarakat melalui modal sosial ikatan, perapatan dan perhubungan. Tujua kajian ini adalah untuk meneroka jaringan modal sosial dengan mengkaji peranan penglibatan sebagai pengantara dalam hubungan antara ikatan, perapatan dan perhubungan dalam kalangan penduduk setinggan di Tehran, Iran. Sampel kajian terdiri daripada 328 penduduk miskin dalam dua komuniti penempatan setinggan di Tehran yang telah dipilih secara rawak.Satu set soal selidik telah digunakan sabagai kaedah pengumpulan data dan teknik persampelan rawak berstrata telah digunakan. Model yang dibentuk menunjukkan bahawa penyertaan tidak sepenuhnya berfungsi sebagai pengantara hubungan antara modal sosial ikatan, perapatan dan pemerkasaan. Walau bagaimanapun, modal sosial dilihat sebagai sesuatu yang baik dalam memperkasakan komuniti dan menggalakkan penglibatan mereka untuk pembangunan masyarakat, kerana ia boleh membina hubungan yang kuat bagi kemakmuran ekonomi, tadbir urus yang stabil dan perpaduan sosial. Bagi pekerja komuniti, modal sosial perapatan dapat dilihat sebagai penting untuk menguruskan kepelbagaian dan mengekalkan perpaduan masyarakat, manakala modal sosial perhubungan dilihat sebagai aspek yang penting untuk pemerkasaan dan jaringan perkongsian. Bagi pembuat dasar, kelemahan dalam modal sosial perhubungan merupakan sesuatu yang boleh diberi perhatian. Modal sosial dalam komuniti penempatan setinggan boleh diperkukuhkan melalui pelbagai sumber dan kaedah komunikasi di peringkat tempatan dan kerajaan, seperti mengambil bahagian dalam pilihan raya tempatan dan organisasi kejiranan seperti Shora.

 Metadata

Jenis Koleksi : Artikel Jurnal
No. Panggil : JBSD 1:2 (2013)
Subjek :
Sumber Pengatalogan :
ISSN : 22892915
Majalah/Jurnal : Journal of Business and Social Development 1 (2) September 2013. Hal. : 14-24
Volume :
Tipe Konten :
Tipe Media :
Tipe Carrier :
Akses Elektronik :
Institusi Pemilik : Universitas Indonesia
Lokasi : Perpustakaan Universitas Indonesia, Lantai 4, R. Koleksi Jurnal
  • Ketersediaan
  • Ulasan
  • Sampul
No. Panggil No. Barkod Ketersediaan
JBSD 1:2 (2013) TERSEDIA
Ulasan:
Tidak ada ulasan pada koleksi ini: 20407248
Cover