Artikel Jurnal :: Kembali

Artikel Jurnal :: Kembali

Membentuk komuniti muslim cakna : pendekatan Ibn Khaldun

([Publisher not identified] , [Date of publication not identified] )

 Abstrak

Komuniti cakna dari perspektif Islam tidak hanya merupakan satu komuniti prihatin dan maju, malah ia meletakkan Al-Qur’an dan as-Sunnah sebagai sumber utama pembangunan. Makalah ini bertujuan untuk menganalisis 1) latar belakang kehidupan dan pemikiran Ibn Khaldun, 2) cirri-ciri pembinaan masyarakat mengikut Ibn Khaldun, dan 3) pendekatan Ibn Khaldun dalam pembentukan komuniti cakna. Untuk mencapai hasrat ini, penulisan ini menggunakan pendekatan analisis sekunder yang menganalisis bahan-bahan sedia ada sebagai kaedah untuk mengumpul dan membincangkan isu membentuk masyarakat cakna ini. Disebabkan tumpuan penulisan ini ialah ke atas masyarakat cakna mengikut pandangan Ibn Khaldun, maka sumber utama kepada penulisan ini ialah Ibn Khaldun adalah seorang sarjana Islam terkemuka dalam konteks penulisan mengenai tamadun. Ketokohannya bukan sahaja diakui oleh masyarakat Islam sehingga sekarang, tetapi juga turut diakui oleh tokoh-tokoh bukan Islam. Ibn Khaldun telah menggariskan enam ciri masyarakat cakna, serta turut menggariskan empat pendekatan untuk mewujudkan masyarakat atau komuniti cakna. Pendekatan Ibn Khaldun dalam membentuk komuniti cakna bermula daripada kefahaman manusia kepada keperluan hidup bermasyarakat. Pemerintah pula perlu memainkan peranan dengan meletakkan keadilan sebagai asas penting dalam pemerintahannya. Beberapa cirri dan pendekatan sesuai yang mendokong pembentukan komuniti turut dibincangkan dalam makalah ini.

 Metadata

Jenis Koleksi : Artikel Jurnal
No. Panggil : JBSD 1:2 (2013)
Subjek :
Sumber Pengatalogan :
ISSN : 22892915
Majalah/Jurnal : Journal of Business and Social Development 1 (2) September 2013. Hal. : 32-42
Volume :
Tipe Konten :
Tipe Media :
Tipe Carrier :
Akses Elektronik :
Institusi Pemilik : Universitas Indonesia
Lokasi : Perpustakaan Universitas Indonesia, Lantai 4, R. Koleksi Jurnal
  • Ketersediaan
  • Ulasan
  • Sampul
No. Panggil No. Barkod Ketersediaan
JBSD 1:2 (2013) TERSEDIA
Ulasan:
Tidak ada ulasan pada koleksi ini: 20407259
Cover