Artikel Jurnal :: Kembali

Artikel Jurnal :: Kembali

Kompetensi kaunseling pelbagai budaya dan kompetensi spiritual dalam kalangan kaunselor berdaftar di Malaysia

([Publisher not identified] , [Date of publication not identified] )

 Abstrak

Kajian ini bertujuan untuk mengukur tahap kompetensi spiritual dan tahap kaunseling pelbagai budaya dalam kalangan kaunselor berdaftar di Malaysia. Kajian ini juga ingin menguji perbezaan tahap kompetensi spiritual dan tahap kompetensi kaunseling pelbagai budaya berdasarkan faktor-faktor demografi seperti faktor jantina, umur, agama, keturunan, tahap kelulusan pendidikan dan tempoh perkhidmatan. Di samping itu, hubungan antara kompetensi spiritual dan kompetensi kaunseling pelbagai budaya juga akan ditentukan. Kajian berbentuk tinjauan deskriptif ini dijalankan dengan mentadbir soal selidik the Spiritual Competency Scale oleh Young, Cashwell, Wiggins-Frame dan Belaire (2012) dan soal selidik Kompetensi Kaunseling Pelbagai Budaya yang diterjemah daripada soal selidik Multicultural Competency Inventory oleh Sodowsky (1993). Seramai 240 orang kaunselor berdaftar yang berkhidmat di seluruh negara terlibat dalam kajian ini. Keputusan kajian mendapati kebanyakan kaunselor mempunyai tahap kompetensi spiritual yang sederhana dengan nilai min 3.64 dan juga tahap kompetensi kaunseling pelbagai budaya yang sederhana dengan nilai min 2.78. Dari segi perbezaan terhadap tahap kompetensi spiritual,tidak terdapat perbezaan signifikanberdasarkan jantina, umur, tahap pendidikan dan tempoh perkhidmatan. Hanya faktor agama dan keturunan sahaja yang mempunyai perbezaan signifikan terhadap tahap kompetensi spiritual kaunselor. Manakala bagi kompetensi kaunseling pelbagai budaya hanya terdapat perbezaan signifikan berdasarkan faktor umur sahaja. Wujud hubungan yang signifikan antara kompetensi spiritual dan kompetensi kaunseling pelbagai budaya. Sehubungan dengan keputusan kajian yang diperoleh, beberapa cadangan telah dikemukakan.

 Metadata

Jenis Koleksi : Artikel Jurnal
No. Panggil : JBSD 1:2 (2013)
Subjek :
Sumber Pengatalogan :
ISSN : 22892915
Majalah/Jurnal : Journal of Business and Social Development 1 (2) September 2013. Hal. : 66-79
Volume :
Tipe Konten :
Tipe Media :
Tipe Carrier :
Akses Elektronik :
Institusi Pemilik : Universitas Indonesia
Lokasi : Perpustakaan Universitas Indonesia, Lantai 4, R. Koleksi Jurnal
  • Ketersediaan
  • Ulasan
  • Sampul
No. Panggil No. Barkod Ketersediaan
JBSD 1:2 (2013) TERSEDIA
Ulasan:
Tidak ada ulasan pada koleksi ini: 20407263
Cover