Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti sumbangan pengurusan kurikulum dan pengajaran oleh pengetua terhadap efikasi guru dan kompetensi pengajaran guru, serta kesan effikasi guru dalam hubungan atara pengurusan kurikulum dan pengajaran dengan kompetensi pengajaran. Responden kajian ialah 481 orang guru daripada 55 buah sekolah menengah harian biasa di Terenggana, Malaysia. Soal selidik PIMRS yang diubah suai digunakan untuk mengukur kepemimpinan pengajaran pengetua dalam dimensi mengurus kurikulum dan pengajaran. Soal selidik TES pula digunakan untuk mengukur efikasi guru manakala kompetensi pengajaran guru diukur menggunakan soal selidik yang diubah suai daripada SGM. Data dianalisis menggunakan model persamaan struktur (SEM) berbantukan program AMOS 18. Dapatan menunjukkan bahawa amalan mengurus kurikulum dan pengajaran menyumbang secara signifikan terhadap efikasi guru (β=0.146, CR=3.075, P=0.002) dan kompetensi pengajaran (β=0.335, CR= 7.033, P=0.00). Dapatan juga menunjukkan efikasi guru secara positif menyumbang terhadap kompetensi pengajaran guru (β=0.287, CR=6.565, P=0.00). Selain itu dapatan juga menunjukkan efikasi guru menjadi pemboleh ubah perantara dalam hubungan antara mengurus kurikulum dan pengajaran dengan kompetensi pengajaran guru.