Kajian ini meneliti model tupang-dan-ikat untuk analisis rasuk konkrit bertetulang
yang mempunyai ketakeselanjaran geometri dalam bentuk bukaan bulat melintang di dalam web.
Tiga rasuk T dengan bukaan bulat yang telah diuji oleh penulis sebelum ini dipilih dan model
tupang-dan-ikat dibina untuk setiap rasuk. Keputusan ramalan berdasarkan teori untuk kekuatan
muktamad, mod kegagalan dan kadar ricih kenaan yang ditanggung oleh anggota pada bahagian
atas dan bawah bukaan menunjukkan perbezaan kecil degan keputusan ujikaji. Model kekuda
juga menunjukkan dengan jelas kepentingan tetulang condong yang membebaskan tegasan
konkrit pada keratan leher menerusi pemindahan sejumlah ricih kenaan di sepanjang
ketakselanjaran.