Kertas kerja ini membentangkan keputusan kajian makmal blok ringan konkrit apit
yang diperkukuh dengan jejaring dan teras kekotak simenfero berkekuatan tinggi. Kajian
tertumpu kepada kesan penggunaan pelbagai jenis jejaring serta lapisan jejaring bagi
menghasilkan kekotak simenfero tersebut. Dua jenis jejaring digunakan; jejaring mata punai, dan
jejaring segiempat. Keputusan ujian terhadap kekuatan mampatan, berat keseluruhan unit blok
dan mod kegagalan telah diperolehi. Keputusan dibandingkan dengan sampel kawalan yang
diperbuat dari blok konkrit tanpa diperkukuh. Hasilnya didapati kekuatan mampatan meningkat
dengan ketara bagi sampel yang diperkukuh. Manakala berat keseluruhan unit blok memenuhi
piawai bagi komponen struktur ringan. Kesan keseluruhan mendapati bahawa blok yang pada
asalnya rapuh bertukar menjadi lebih mulur degan penggunaan kekotak simenfero.