Kertas kerja ini membentangkan satu kaedah bagi memodel dan menganalisis
papak rencam dek keluli-konkrit bagi mendapatkan gerak balas kuasi-statik dengan
menggunakan analisis unsur terhingga dinamik tak lelurus. Sebuah model unsur terhingga tigadimensi
bagi papak rencam dek keluli-konkrit telah dibangunkan dan dianalisis dengan
menggunakan modul perisian ABAQUS/Explicit. Pertimbangan utama yang telah diambil kira
dalam model berkenaan adalah retakan rapuh tegangan pada konkrit, kelakunan ikatan ricih ufuk
antara konkrit dengan dek keluli, dan kawalan analisis. Ciri ikatan ricih bagi model papak telah
diterbitkan daripada data ujian lenturan. Kaedah pemodelan dan analisis unsur terhingga yang
diterangkan di sini untuk papak rencam dek keluli-konkrit yang gagal secara gabungan antara
retakan rapuh tegangan konkrit dengan gelincirin ricih ufuk telah berjaya menghasilkan gerak
balas papak rencam yang tepat berbanding dengan data ujikaji lenturan.