Anggaran pengangkutan endapan terampai sungai lazimnya berdasarkan kepada
pertalian antara beban ampaian dengan luahan, tetapi pertalian ini agak lemah dan selalunya
sukar untuk diukur terutamanya semasa kejadian aliran ribut. Extrapolasi menggunakan luahan
melalui persampelan regular melibatkan banyak ralat. Satu pendekatan alternatif ialah dengan
melakukan persampelan semasa kejadian siri ribut menggunakan alat persampelan automatik.
Namun ini memerlukan belanja yang besar dan melibatkan banyak sampel yang perlu dianalisis.
Sebagai respons kepada masalah ini, pertalian antara kepekatan endapan terampai dengan
kekeruhan memberikan satu kaedah yag cepat dan murah. Satu kajian bermula daripada Oktober
2001 hingga October 2002 yang melibatkan persampelan dan pengukuran luahan setiap dua
minggu dan dua persampelan intensif (1-4 Oktober 2001 and 11-12 Oktober 2001) di jalankan di
dua batang sungai kecil di Utara Perlis. Keputusan kajian ini mempamerkan pertalian yang kuat
antara kepekatan endapan terampai dengan kekeruhan dan sebaliknya. Pertalian positif ini menjadikan parameter kekeruhan itu sebagai indikator yang terbaik bagi kepekatan endapan
terampai dalam penganggaran pengangkutan endapan terampai sungai.