": Walaupun bahan keraktanah memperlihatkan beberapa sifat yang hampir sama dengan
batuan sedimen klastik, tetapi dari aspek lithologi bahan ini tidak boleh diklasifikasikan sebagai
batuan. Ketidakpastian mengenai pengkelasan bahan ini boleh menimbulkan beberapa masalah
dalam kerja pengorekan keraktanah terutamanya mengenai kaedah pengorekan dan kadar
pembayaran. Dalam usaha mengujudkan prosedur menentukan tahap kebolehkorekan
keraktanah, kertas kerja ini memperjelaskan beberapa perbezaan dan persamaan asas antara
keraktanah dan batuan sedimen klastik. Data ujikaji makmal dan kerja lapangan menunjukkan
bahawa dari segi tektur dan kekuatan, keraktanah menunjukkan persamaan dengan batuan
sedimen. Walaubagaimanapun, mod pembentukannya tidak memenuhi kriteria untuk dikelaskan
sebagai batuan. Dengan ini bagi bahan-bahan geologi tertentu, pengkelasan lithologi sahaja tidak
dapat menggambarkan kebolehkorekannya. Penilaian tambahan ke atas sifat-sifat bahan juga
merupakan aspek penting yang perlu diambilkira."