Hasil Pencarian  ::  Simpan CSV :: Kembali

Hasil Pencarian

Ditemukan 14990 dokumen yang sesuai dengan query
cover
"Kertas kerja ini menunjukkan bagaimana aplikasi taburan kebarangkalian dalam
pemodelan sifat pertumbuhan lubang pengaratan sebagai fungsi masa bagi struktur tangki ballast
kapal laut. Model yang dicadangkan berkeupayaan meramal corak pertumbuhan yang sebenar di
masa hadapan tanpa mengambil kira faktor kebergantungan yang pada kebiasaannya
mempengaruhi kadar pertumbuhan karat seperti faktor persekitaran, sifat bahan binaan dan juga
faktor operasi. Untuk menggambarkan secara tepat serakan dimensi pengaratan yang tinggi yang
sering menyebabkan ketidakpastian dalam penilaian pengaratan, taburan kebarangkalian
Weibull telah dicadangkan supaya ramalan kedalaman pengaratan di dalam tangki ballast kapal laut di masa hadapan dapat dijalankan. Kajian jelas menunjukkan data pengaratan yang
digunakan dipengaruhi oleh ketidakpastian disebabkan oleh faktor pengaratan marin itu sendiri
seperti yang ditunjukkan oleh keputusan korelasi yang lemah di antara purata kedalaman lubang
karat dan umur kapal. Di sebalik masalah yang dinyatakan, kajian ini masih mampu
menunjukkan bagaimana penggunaan data pengaratan dapat dioptimakan bagi tujuan penilaian
keutuhan struktur. Keputusan perbandingan di antara data sebenar dan data ramalan telah
menunjukkan keputusan dengan ketepatan yang sederhana berdasarkan nilai ralat yang dikira
menggunakan kaedah Root-Mean-Square-Error (RMSE) tetapi berpotensi jika lebih banyak data
berkualiti dapat diperolehi. Model yang dicadangkan bertujuan untuk memudahkan proses
pemodelan agar data yang diperolehi dapat digunakan sepenuhnya bagi tujuan ramalan dan
penilaian keutuhan struktur."
620 MJCE 19:2 (2007)
Artikel Jurnal  Universitas Indonesia Library
cover
" Struktur marin akan mengalami kerosakan dan kemerosotan semasa hayatnya akibat
terdedah kepada persekitaran agresif yang berterusan. Kerosakan dan kemerosotan boleh
mendatangkan kesan ke atas prestasi dan kegunaan struktur tersebut. Kertas kerja ini
membentangkan pembangunan satu sistem penilaian status struktur konkrit marin di Malaysia.
Pembangunan sistem ini merupakan satu langkah ke arah perlaksanaan penyenggaraan terancang.
Sistem penilaian keadaan yang dicadangkan adalah berdasarkan kaedah Indeks Keadaan yang
telah dibangunkan oleh U.S Army Corps of Engineers. Penilaian keadaan yang dibuat
mengambil kira tahap kemerosotan yang diperhatikan semasa kerja pemeriksaan. Kaedah Indeks
Keadaan Berfungsi digunakan untuk menentukan Indeks Keadaan struktur. Data di lapangan
melalui pemeriksaan visual ke atas struktur konkrit dermaga telah dikumpulkan. Tiga jenis
kemerosotan dipertimbangkan dalam penilaian iaitu: (1) pengaratan tetulang; (2) keretakan dan
(3) serpihan pada permukaan konkrit. Keputusan menunjukkan nilai Indeks Keadaan berdasarkan
kaedah yang dicadangkan secara relatifnya adalah hampir dengan nilai yang ditentukan oleh
penilai pakar. Sistem Penilaian Keadaan bedasarkan Indeks keadaan didapati boleh diterima dan
boleh digunakan secara efektif dan berkesan untuk memantau prestasi struktur marin di
Malaysia."
620 MJCE 18:2 (2006)
Artikel Jurnal  Universitas Indonesia Library
cover
"Kertas kerja ini membentangkan satu kaedah bagi memodel dan menganalisis
papak rencam dek keluli-konkrit bagi mendapatkan gerak balas kuasi-statik dengan
menggunakan analisis unsur terhingga dinamik tak lelurus. Sebuah model unsur terhingga tigadimensi
bagi papak rencam dek keluli-konkrit telah dibangunkan dan dianalisis dengan
menggunakan modul perisian ABAQUS/Explicit. Pertimbangan utama yang telah diambil kira
dalam model berkenaan adalah retakan rapuh tegangan pada konkrit, kelakunan ikatan ricih ufuk
antara konkrit dengan dek keluli, dan kawalan analisis. Ciri ikatan ricih bagi model papak telah
diterbitkan daripada data ujian lenturan. Kaedah pemodelan dan analisis unsur terhingga yang
diterangkan di sini untuk papak rencam dek keluli-konkrit yang gagal secara gabungan antara
retakan rapuh tegangan konkrit dengan gelincirin ricih ufuk telah berjaya menghasilkan gerak
balas papak rencam yang tepat berbanding dengan data ujikaji lenturan."
620 MJCE 19:2 (2007)
Artikel Jurnal  Universitas Indonesia Library
cover
"Kertas kerja ini membentangkan keputusan kajian makmal blok ringan konkrit apit
yang diperkukuh dengan jejaring dan teras kekotak simenfero berkekuatan tinggi. Kajian
tertumpu kepada kesan penggunaan pelbagai jenis jejaring serta lapisan jejaring bagi
menghasilkan kekotak simenfero tersebut. Dua jenis jejaring digunakan; jejaring mata punai, dan
jejaring segiempat. Keputusan ujian terhadap kekuatan mampatan, berat keseluruhan unit blok
dan mod kegagalan telah diperolehi. Keputusan dibandingkan dengan sampel kawalan yang
diperbuat dari blok konkrit tanpa diperkukuh. Hasilnya didapati kekuatan mampatan meningkat
dengan ketara bagi sampel yang diperkukuh. Manakala berat keseluruhan unit blok memenuhi
piawai bagi komponen struktur ringan. Kesan keseluruhan mendapati bahawa blok yang pada
asalnya rapuh bertukar menjadi lebih mulur degan penggunaan kekotak simenfero. "
620 MJCE 18:2 (2006)
Artikel Jurnal  Universitas Indonesia Library
cover
"Kajian ini meneliti model tupang-dan-ikat untuk analisis rasuk konkrit bertetulang
yang mempunyai ketakeselanjaran geometri dalam bentuk bukaan bulat melintang di dalam web.
Tiga rasuk T dengan bukaan bulat yang telah diuji oleh penulis sebelum ini dipilih dan model
tupang-dan-ikat dibina untuk setiap rasuk. Keputusan ramalan berdasarkan teori untuk kekuatan
muktamad, mod kegagalan dan kadar ricih kenaan yang ditanggung oleh anggota pada bahagian
atas dan bawah bukaan menunjukkan perbezaan kecil degan keputusan ujikaji. Model kekuda
juga menunjukkan dengan jelas kepentingan tetulang condong yang membebaskan tegasan
konkrit pada keratan leher menerusi pemindahan sejumlah ricih kenaan di sepanjang
ketakselanjaran. "
620 MJCE 18:2 (2006)
Artikel Jurnal  Universitas Indonesia Library
cover
Mubiar Purwasasmita
Bandung: Institut Teknologi Bandung , 2000
600 MUB k
Buku Teks SO  Universitas Indonesia Library
cover
Teuku Jacob
Yogyakarta: Tiara Wacana Yogya, 1988
306.4 JAC m
Buku Teks SO  Universitas Indonesia Library
cover
Kronenburg, Robert
Chichester: Wiley-Academy, 2001
720.105 KRO s
Buku Teks SO  Universitas Indonesia Library
cover
Raka Wiranata
"Indonesia adalah negara maritim yang membutuhkan banyak armada kapal. Di samping itu, sekarang sedang maraknya penghematan energi. Banyak metode dalam penghematan energi seperti optimalisasi bentuk lambung, pelumasan menggunakan udara dan penggunaan cat biopolimer. Pada skripsi ini, akan dibahas penghematan energi dengan menggunakan pelumasan udara, yaitu micro bubble. Penelitian ini dilakukan dengan uji coba kapal tongkang pelat datar model di kolam percobaan untuk mengetahui seberapa besar pengaruh aplikasi micro bubble terhadap hambatan total kapal.

Indonesia is a maritime country that requires a lot of fleet. In addition, now is the rise of energy savings. There are many energy saving methods in ship, such as hull optimalizations, air lubrications, and the use of bio polymer coating. This paper will discuss about study of air lubrication with micro bubble. The object of this study is flat plate barge model in attempt to determine how much the effect of micro bubble application to the ship’s total resistance.
"
Depok: Fakultas Teknik Universitas Indonesia, 2014
S57504
UI - Skripsi Membership  Universitas Indonesia Library
cover
Genta Buana
"ABSTRAK
Untuk menyediakan sarana jasa telekomunikasi yang balk serta handal dengan biaya pengadaan yang wajar dan efektif diperlukan suatu perencanaan yang matang dengan mempertimbangkan faktor-faktor terkait. STBS Dijital tidak hanya menggunakan jaringan fisik kabel tapi juga menggunakan gelombang radio dalam melayani suatu daerah layanan. Untuk itu dalam perancangan jaringan STBS Dijital, harus memperhatikan masalah perambatan gelombang selain faktor trafik yang diperkirakan terjadi pada jaringan. Tugas Akhir ini bertujuan untuk melakukan perancangan set STBS Dijital, dalam hal ini menentukan dimensi set serta penngalokasian kanal trafik dengan menganalisa perambatan gelombang serta perkiraan besarnya trafik pada suatu daerah layanan dengan bantuan perangkat lunak. Analisa perambatan gelombang dilakukan dengan bantuan peta topogrofi suatu daerah yang dibatasi pada perhitungan redaman difraksi disamping redaman perambatan ruang bebas. Peta yang digunakan adalah suatu peta dijital yang mempresentasikan suatu nilai ketinggian pada suatu tempat berdasarkan warna pixel. Sedangkan pengalokasian kanal trafik didasarkan pada metode Erlang-S Modifikasi yang merupakan pengembangan dari metode Erlang-B dengan memperhatikan pengaruh persentase trafik antar telepon bergerak di dalam sebuah set. Berdasarkan uji coba perangkat lunak dapat disimpulkan bahwa dimensi sel dipengaruhi oleh profit dataran. Sedangkan jumiah kanal trafik yang harus dialokasikon juga dipengaruhi oleh persentase trafik tipe 3 disamping besarnya offered traffic dan GOS.

"
1996
S38919
UI - Skripsi Membership  Universitas Indonesia Library
<<   1 2 3 4 5 6 7 8 9 10   >>