Setiap masyarakat mempunyai caranya untuk meraikan upacara penting. Ia bukan sahaja membayangkan integrasi, tetapi juga mempelihatkan adat resam masyarakat itu. Kalau dalam masyarakat tradisional, perpaduan mekanikal penting dengan semua ahli mengambil bahagian, tetapi dalam masyarakat modern, ikatan sosial organik semakin dominan. Sebagai institusi sosial, keluarga terpisah daripada institusi ekonomi bila aktiviti itu tidak lagi dilakukan dalam keluarga dengan ahli keluarga dibayar upah karena tenaga kerja mereka. Makalah ini akanmengupas perubahan kepada upacara perkawinan. Pandangan yang dikemukakan ini adalah berdasarkan pemerhatian dan kajian ke atas keluarga kelas menengah Melayu di Bandar. Makna upacara perkawinan yang menjadi lambang perpaduan keluarga dan masayarakat masa dahulu telah semakin terhakis berikutan kebanyakan aktivitinya diambil alih agensi komersial. Kini upacara perkawinan lebih berupa lambang status keluarga. |