Facebook, merupakan laman sosial yang paling popular dalam kalangan masyarakat dunia hari ini yang mencetus satu fenomena baharu terhadap hubungan kemanusiaan. Secara umumnya, penggunaan facebook bertujuan menjejaki rakan-rakan lama, membina jaringan sosial yang lebih melalui perkongsian gambar, bermain permainan, dan pelbagai lagi aplikasi yang menarik semua peringkat usia seawall kanak-kanak sehinggalah golongan dewasa. Perkembangannya begitu pantas sekali sehingga member kesan kepada banyak aspek kehidupan sama ada dari segi positif mahupun negative. Justeru itu, fenomena yang mencetus satu budaya baharu dalam kalangan masyarakat hari ini telah menarik minat ramai pengkaji untuk melihat fenomena ini dari pelbagai sudut. Kertas konsep ini akan membincangkan faktor kepada pencetus fenomena ini, pola penggunaannya dalam kalangan masyarakat dunia, kesan dan implikasi facebook terhadap masyarakat khususnya kanak-kanak dan remaja. |