Kertas kerja ini menyiasat penyebab Granger jangka panjang di antara perbelanjaan pertahanan dan pertumbuhan ekonomi untuk 20 negara-negara ahli Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) menggunakan rangka kerja Model Pembetulan Ralat untuk data tahunan bagi jangka masa 1960 hingga 2005. Perbelanjaan pertahanan diukur oleh nisbah perbelanjaan pertahanan (milex) dibahagi keluaran dalam negara kasar (KDNK); manakala pertumbuhan ekonomi (rgdpc) diwakili oleh KDNK benar per kapita. Hasil kajian menyarankan bahawa penyebab Granger jangka panjang satu hala iaitu arah penyebab daripada pertumbuhan ekonomi kepada perbelanjaan pertahanan untuk Burkina Faso, Indonesia, Kuwait, Arab Saudi, Sudan, Togo dan Turki. Manakala pneyebab Granger jangka panjang satu hala iaitu daripada perbelanjaan pertahanan kepada pertumbuhan ekonomi didapati untuk Iran, Mautitania, dan Nigeria. Untuk negara-negara OIC lain, hasil kajian mencadangkan bahawa tiada hubungan diantara perbelanjaan pertahanan dengan pertumbuhan ekonomi. |