Pendidikan Sejarah telah diajar dalam sistem pendidikan Malaysia selama lebih daripada enam dekad. Polisi telah berubah, dan sukatan pelajaran telah ditambah nilai moral. Banyak cabaran yang dihadapi oleh amsyarakat, pendidik dan pelajar telah dianalisis dan dinilai secara berterusan. Dalam artikel ini, penulis menerangkan bahwa pendidikan Sejarah diharapkan mewujudkan persekitaran yang harmoni di antara kumpulan etnik yang berbeza di Malaysia dan menyatukan negara. Pengajaran pendidikan Sejarah dengan sokongan pendidikan Moral telah dilakukan lebih daripada satu dekad yang lalu, dan kini ia mungkin menjalani satu lagi fasa pelaksanaan. Aspek sejarah, agama dan sosionudaya Malaysia telah menjadi perhatian perhatian sejak sukatan pelajaran Pendidikan Moral digubal. Kajian perlu dilakukan untuk melihat bahwa pendidikan Moral di Malaysia adalah unik dan dinamik dalam sejarah dan budaya persekitaran. Fokus pengajaran dan pembelajaran pendidikan Sejarah dan Pendidikan Moral berdasarkan beberapa prinsip utama menghasilkan individu holistik dari segi fizikal, intelek, emosi, dan sosial. Kurikulum Pendidikan Moral bermatlamat untuk membangunkan individu yang bertanggungjawab dengan standard moral yang tinggi yang dapat menyumbang kepada keamanan dan keharmonisan negara dan komuniti global. |