Sistem Pembelajaran Alternatif (ALS) telah menyebabkan berlakunya percanggahan pendapat berkenaan membaca dalam kalangan guru (penunjuk ajar). Program ini merupakan inisiatif kerajaan Filipina bagi melengkapkan remaja lepasan sekolah dengan empat kemahiran utama untuk lulus ujian penempatan dan setara. Audit pengetahuan yang dijalankan ke atas penunjuk ajar ALS yang terpilih di Dasmarinas, Cavite telah mendapati cara kerja dan pengetahuan teknikal dalam kalangan penunjuk ajar adalah tidak selaras. Ini meliputi dari segi aspek pembacaan dan ujian membaca ALS serta pedagogi antara ALS dan pembelajaran formal di dalam kelas. Terdapat beberapa perkara yang perlu dberi penekanan seperti pemahaman misi serta visi ALS dalam konteks pengajaran membaca, kebolehdapatan dan penyelenggaraan fasiliti serta penilaian membaca terhadap pelajar. Penentuan dan analisis perkara-perkara tersebut adalah bagi mempertingkat program membaca di Dasmarinas, Cavite yang merangkumi kemajuan pengajaran ALS yang berkait rapat dengan pembacaan dan pengajaran membaca, pendekatan genre dalam pengajaran ALS terhadap peserta dan penyediaan fasiliti yang akan menggalakkan budaya membaca dalam kalangan peserta dan lulusan. Pelaksanaan perkara-perkara tersebut seharusnya mampu membangunkan modal insan dan pembangunan komuniti secara mapan. |