Pengampunan dan penghantaran pulang pekerja tanpa izin ke negara asal mereka adalah langkah drastik yang pernah diambil oleh kerajaan Malaysia untuk menangani masalah kebanjiran pekerja asing tanpa permit di Malaysia. Tindakan pengampunan menunjukkan kebergantungan kepada pekerja tanpa izin. Penghantaran pulang pula tidak menggambarkan pergantungan tetapi menggambarkan ketegasan atau rasa terdesak Malaysia karena kebanjiran pekerja tanpa izin. Berdasarkan tindakan tersebut, Malaysia telah dikritik oleh pelbagai pihak khususnya berkaitan isu hak asasi manusia. Berdasarkan data dan statistik dari agensi-agensi kerajaan, artikel ini membincangkan senario kebergantungan ke atas pasaran pekerja asing yang berlaku di Malaysia. Ia juga turut mengupas isu sejauh mana tindakan penghantaran pulang PATI telah mmeberi kesan ke atas pasaran buruh tempatan khususnya di Sabah dan juga bagaimana tindakan tersebut telah menimbulkan pelbagai dakwaan negatif ke atas Malaysia berhubung isu hak asasi manusia. |