Full Description

Cataloguing Source :
ISSN : 18237843
Magazine/Journal : Malaysian journal of civil engineering 18(2) 2006. Hal. 109-128
Volume :
Content Type :
Media Type :
Carrier Type :
Electronic Access :
Holding Company : Universitas Indonesia
Location : Perpustakaan UI , Lantai 4, R. Koleksi Jurnal
 
  •  Availability
  •  Digital Files: 0
  •  Review
  •  Cover
  •  Abstract
Call Number Barcode Number Availability
620 MJCE 18:2 (2006) TERSEDIA
No review available for this collection: 20437722
 Abstract
Kajian telah dijalankan bagi menilai keadaan optima penghasilan PHA menggunakan asid lemak tersaponifikasi yang diubahsuai daripada minyak bunga matahari (SO). Sebuah reaktor suapan-kelompok telah digunakan untuk menghasilkan PHA. Campuran daripada airsisa dan efluen separa olahan daripada kolam pengoksidaan dikulturkan selama enam bulan untuk menghasilkan keadaan ?steady-state?. Kultur tersebut kemudiannya dipindahkan ke sistem suapan-kelompok. SO mengandungi asid lemak rantaian panjang dalam kumpulan asid lemak tak tepu (C14:1 ? C18:3), oleh itu penghasilan PHA telah diteliti semasa keadaan ?feast-famine?. Tujuan utama membekalkan SO yang tersaponifikasi adalah untuk menambah kualiti kandungan PHA (kopolimer unit hidroksil) seperti hidroksibutirat (HB), hidroksivalerat (HV) dan hidroksiheksanoat (HH) di dalam kultur campuran. Operasi suapan berkelompok menggunakan kultur campuran secara aerobik dapat meningkatkan penghasilan PHA sehingga 33% daripada berat sel kering. Walaupun enapcemar yang dikulturkan secara campuran dapat meningkatkan kualiti penghasilan PHA, kadarnya masih rendah. Kajian ini mendapati kandungan HB dalam enapcemar sentiasa lebih tinggi berbanding HV dan HH. SO yang tersaponifikasi mempunyai kadar simpanan spesifik PHA yang tinggi (qp feast = 0.5 C-mol/C-mol. h) dan setanding dengan minyak sayuran lain (seperti minyak jagung, minyak soya, dan sebagainya)