:: Artikel Jurnal :: Kembali

Artikel Jurnal :: Kembali

Condition assessment of marine structure using functional condition index approach

([Publisher not identified] , [Date of publication not identified] )

 Abstrak

Struktur marin akan mengalami kerosakan dan kemerosotan semasa hayatnya akibat
terdedah kepada persekitaran agresif yang berterusan. Kerosakan dan kemerosotan boleh
mendatangkan kesan ke atas prestasi dan kegunaan struktur tersebut. Kertas kerja ini
membentangkan pembangunan satu sistem penilaian status struktur konkrit marin di Malaysia.
Pembangunan sistem ini merupakan satu langkah ke arah perlaksanaan penyenggaraan terancang.
Sistem penilaian keadaan yang dicadangkan adalah berdasarkan kaedah Indeks Keadaan yang
telah dibangunkan oleh U.S Army Corps of Engineers. Penilaian keadaan yang dibuat
mengambil kira tahap kemerosotan yang diperhatikan semasa kerja pemeriksaan. Kaedah Indeks
Keadaan Berfungsi digunakan untuk menentukan Indeks Keadaan struktur. Data di lapangan
melalui pemeriksaan visual ke atas struktur konkrit dermaga telah dikumpulkan. Tiga jenis
kemerosotan dipertimbangkan dalam penilaian iaitu: (1) pengaratan tetulang; (2) keretakan dan
(3) serpihan pada permukaan konkrit. Keputusan menunjukkan nilai Indeks Keadaan berdasarkan
kaedah yang dicadangkan secara relatifnya adalah hampir dengan nilai yang ditentukan oleh
penilai pakar. Sistem Penilaian Keadaan bedasarkan Indeks keadaan didapati boleh diterima dan
boleh digunakan secara efektif dan berkesan untuk memantau prestasi struktur marin di
Malaysia.

 Metadata

No. Panggil : 620 MJCE 18:2 (2006)
Subjek :
Sumber Pengatalogan :
ISSN : 18237843
Majalah/Jurnal : Malaysian journal of civil engineering 18(2) 2006. Hal. 129-138
Volume :
Tipe Konten :
Tipe Media :
Tipe Carrier :
Akses Elektronik :
Institusi Pemilik : Universitas Indonesia
Lokasi : Perpustakaan UI , Lantai 4, R. Koleksi Jurnal
  • Ketersediaan
  • Ulasan
No. Panggil No. Barkod Ketersediaan
620 MJCE 18:2 (2006) TERSEDIA
Ulasan:
Tidak ada ulasan pada koleksi ini: 20437725