Kertas kerja ini membentangkan satu kaedah bagi memodel dan menganalisispapak rencam dek keluli-konkrit bagi mendapatkan gerak balas kuasi-statik denganmenggunakan analisis unsur terhingga dinamik tak lelurus. Sebuah model unsur terhingga tigadimensibagi papak rencam dek keluli-konkrit telah dibangunkan dan dianalisis denganmenggunakan modul perisian ABAQUS/Explicit. Pertimbangan utama yang telah diambil kiradalam model berkenaan adalah retakan rapuh tegangan pada konkrit, kelakunan ikatan ricih ufukantara konkrit dengan dek keluli, dan kawalan analisis. Ciri ikatan ricih bagi model papak telahditerbitkan daripada data ujian lenturan. Kaedah pemodelan dan analisis unsur terhingga yangditerangkan di sini untuk papak rencam dek keluli-konkrit yang gagal secara gabungan antararetakan rapuh tegangan konkrit dengan gelincirin ricih ufuk telah berjaya menghasilkan gerakbalas papak rencam yang tepat berbanding dengan data ujikaji lenturan. |