: Walaupun bahan keraktanah memperlihatkan beberapa sifat yang hampir sama denganbatuan sedimen klastik, tetapi dari aspek lithologi bahan ini tidak boleh diklasifikasikan sebagaibatuan. Ketidakpastian mengenai pengkelasan bahan ini boleh menimbulkan beberapa masalahdalam kerja pengorekan keraktanah terutamanya mengenai kaedah pengorekan dan kadarpembayaran. Dalam usaha mengujudkan prosedur menentukan tahap kebolehkorekankeraktanah, kertas kerja ini memperjelaskan beberapa perbezaan dan persamaan asas antarakeraktanah dan batuan sedimen klastik. Data ujikaji makmal dan kerja lapangan menunjukkanbahawa dari segi tektur dan kekuatan, keraktanah menunjukkan persamaan dengan batuansedimen. Walaubagaimanapun, mod pembentukannya tidak memenuhi kriteria untuk dikelaskansebagai batuan. Dengan ini bagi bahan-bahan geologi tertentu, pengkelasan lithologi sahaja tidakdapat menggambarkan kebolehkorekannya. Penilaian tambahan ke atas sifat-sifat bahan jugamerupakan aspek penting yang perlu diambilkira. |