Kitosan adalah polielektrolit organik semulajadi yang berjisim molekul danberketumpatan caj yang tinggi, diperoleh dari deasetilasi kitin. Kajian ini meneroka potensi dankeberkesanan kitosan sebagai pengental utama dan flokulan, dibandingkan dengan aluminiumsulfat (alum), untuk rawatan awal sisa kilang kelapa sawit (POME). Siri ujian pengentalan danflokulasi kelompok telah dikendalikan di bawah keadaan yang berbeza seperti dos dan pH untukmenentukan keadaan optimal bagi pengental kitosan dan alum. Prestasi diuji berdasarkanpenurunan nilai kekeruhan, kandungan pepejal terampai (TSS) dan keperluan oksigen kimia(COD). Kitosan menunjukkan penurunan parameter yang lebih baik dengan keperluan dos yanglebih rendah berbanding alum, walaupun pada pH sampel yang asal, iaitu 4.5. Pada pH 6, dosoptimal kitosan pada 400 mg/L mampu menurunkan nilai kekeruhan, kandungan pepejalterampai (TSS) dan keperluan oksigen kimia (COD) sebanyak 99.90%, 99.15% dan 60.73% masing-masing. Pada pH ini, pengentalan POME oleh kitosan dibawa oleh kombinasimekanisme peneutralan cas dan titian polimer. Alum merekodkan dos optimal pada 8 g/L dan pHoptimal pada pH 7 dengan penurunan nilai kekeruhan, kandungan pepejal terampai (TSS) dankeperluan oksigen kimia (COD) sebanyak 99.45%, 98.60% dan 49.24% masing-masing.Kombinasi kitosan dan alum menunjukkan peningkatan kecekapan yang amat kecil dibandingkandengan menggunakan kitosan sendirian. Daripada keputusan yang diperolehi, dapat dicadangkanbahawa mekanisme titian polimer oleh kitosan adalah lebih dominant berbanding alum dan dosalum juga dapat dikurangkan. |