PEMP adalah satu program awam yang bertujuan untuk meningkatkan taraf kesejahteraan masyarakatpesisir pantai, terutamanya isi rumah miskin. Sejak dilaksanakan pada 2001, program ini telah melaluibeberapa fasa pembaikan. Namun, hingga saat ini keadaan masyarakat miskin tidak berubah. Makalah inibertujuan untuk menilai prestasi PEMP dari aspek formulasi polisi dan implementasi program serta prestasiorganisasi khususnya tentang mekanisme pengelolaan program dengan rujukan khas kepada KabupatenJakarta Utara. Menggunakan rekod dan laporan rasmi pelbagai agensi di kantor peringkat pusat, kabupatendan kecamatan selain pemerhatian serta temu bual mendalam dengan isi rumah dan pegawai di agensipelaksana terbabit, kajian mendapati beberapa penemuan menarik. Pertama, prinsip yang dijadikan garispanduan bagi pelaksanaan progam telah tidak diikuti oleh agensi pelaksana di peringkat kabupaten dankecamatan. Pelbagai amalan salah laku juga turut dikesan. Kedua, evaluasi output menunjukkan bahawasebahagian besar pinjaman melalui Dana Ekonomi Produktif dimanfaatkan oleh isi rumah pedagang yangtidak miskin. Ketiga, Koperasi LEPP-M3 yang ditubuhkan bagi meningkatkan tahap kecekapan pengurusandana pinjaman, juga gagal mencapai matlamatnya. Masyarakat pesisir tiada akses dan tidak mampumembuat pinjaman. Jika membuat pinjaman pun rekod menunjukkan bahawa mereka tidak mampumelunasi pinjaman dalam tempoh yang ditetapkan. Kajian ini menunjukkan walau pun pemerintah berjayamelaksanakan Program PEMP terutamanya dari segi output kewangan dan penubuhan pelbagai agensi,namun prestasinya lemah dan tidak cekap. Suatu polisi, strategi dan program yang lebih sesuai perludibentuk untuk menggantikan program PEMP.with the objective of enhancing the wellbeing of poor coastal community households. Since its inceptionin 2001 and after several phases of improvement, the living conditions of the coastal poor householdsremain unchanged. This paper presents the findings of a study aimed at assessing the PEMP performancewith regard to the mechanism used in managing the programme with special reference to the province ofNorth Jakarta. Using official records and reports of various agencies available at faderal, kabupaten andkecamatan levels together with information gathered through field observation and indepth interviews withhousehold heads and officers in charge , the study reveals four important findings: (1) Non- complianceand malpractices were prevalent among the implementing agencies at kabupaten and kecamatan levels; (2)Most of the loans, particularly Economically Productive Grant (DEP), had been given out to householdsmembers that were not poor; (3) Agencies such as the Cooperative of LEPP-M3 which was entrusted withimproving the level of efficiency in managing the loans had also failed to live up to expectation; and (4)Many of the poor households remained ignorant and deprived of access to the loan facilities, and failed topay back loans within the specified period. In conclusion, although the government has succeeded inimplementing the PEMP, the overall performance of the programme may be considered weak andinefficient. A more appropriate policy, strategy and programme should be formulated to replace the PEMP. |