:: Artikel Jurnal :: Kembali

Artikel Jurnal :: Kembali

Analisis keperluan untuk penentuan bantuan Program Pembangunan Keluarga Miskin dan Miskin Tegar: Kajian Kes di Teluk Ketapang, Kuala Terengganu, Terengganu, Malaysia / Dara Aisyah Mohd. Ali Puteh dan Ibrahim Mamat

Dara Aisyah; Ibrahim Mamat ([, ], 2015)

 Abstrak

Kemiskinan masih menjadi masalah utama dalam proses pembangunan. Bagi
menangani masalah ini, berbagai-bagai rancangan pembangunan telah dijalankan namun
pada keseluruhannya, rancangan berkenaan didapati kurang berjaya dan kurang
berkesan (Malik et al., 1996). Oleh itu, pihak kerajaan telah melancarkan pelbagai
program untuk membangunkan pelbagai sektor bagi meningkatkan taraf sosioekonomi
komuniti yang bertujuan untuk memberi peningkatan pendapatan dalam menghapuskan
kadar kemiskinan tegar. Kajian ini berusaha melihat masalah kemiskinan dalam
kalangan keluarga miskin dan miskin tegar, kajian kes di Teluk Ketapang, Kuala
Terengganu. Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti keperluan keluarga miskin dan
miskin tegar untuk penentuan bantuan program pembangunan keluarga. Seramai 68
orang dipilih untuk ditemu bual di Teluk Ketapang, Kuala Terengganu. Kajian ini
merupakan kajian deskriptif dengan menggunakan soal selidik sebagai instrumen kajian.
Responden kajian ini diambil secara rawak di sekitar kawasan Teluk Ketapang. Data
dianalisis dengan menggunakan perisian ”Statistical Packages for the Social Science” (SPSS)
versi 18.00 dan diterangkan dalam bentuk peratusan, dan analisis crosstab. Kajian ini
bertujuan untuk mengenal pasti profail dan maklumat ekonomi warga miskin dan
miskin tegar Teluk Ketapang, menganalisis tahap kepuasan bagi situasi kehidupan dan
menilai keperluan warga miskin Teluk Ketapang, Kuala Terengganu. Kajian ini
menumpukan kepada aspek latar belakang responden dan keperluan yang diperlukan
oleh keluarga tersebut. Antara keperluan yang terdapat dalam kajian ini adalah
pendidikan, kemahiran, keagamaan, sosial, makanan dan pakaian, kesihatan, perumahan,
peralatan rumah dan pengangkutan. Dapatan menunjukkan senarai faktor keperluan
yang harus diberi perhatian yang serius ialah pendapatan, pendidikan,
kerohanian/keagamaan, kegiatan sosial, pemakaian/pakaian/kesihatan, perumahan,
pengangkutan/perhubungan, keperluan khusus untuk OKU dan keperluan-keperluan
lain daripada kerajaan. Keluarga miskin dan miskin tegar harus bersedia dan sanggup
berusaha memajukan diri sendiri agar kesejahteraan hidup mereka bertambah baik di
samping pihak kerajaan memainkan peranan yang penting untuk memajukan penduduk
yang berada dalam kemiskinan. Oleh itu, penambahbaikan program yang lebih
terancang dan terkawal perlu dilaksanakan supaya masalah kemiskinan dapat diatasi.

 File Digital: 1

 Metadata

No. Panggil : MK-Pdf
Entri utama-Nama orang :
Entri tambahan-Nama orang :
Penerbitan : [Place of publication not identified]: [, ], 2015
Sumber Pengatalogan :
ISSN :
Majalah/Jurnal : Journal of Human Development and Communication
Volume : Volume 4, 2015 (75-94)
Tipe Konten :
Tipe Media :
Tipe Carrier :
Akses Elektronik :
Institusi Pemilik : Universitas Indonesia
Lokasi :
  • Ketersediaan
  • Ulasan
No. Panggil No. Barkod Ketersediaan
MK-Pdf TERSEDIA
Ulasan:
Tidak ada ulasan pada koleksi ini: 20439410