PEMP (Pemberdayaan Ekonomi Masyarakat Pesisir) yang dilancarkan pada 2001 adalah satu programawam yang bertujuan untuk meningkatkan pendapatan isi rumah miskin yang tinggal di kawasan pesisirpantai Indonesia. Sehingga kini program tersebut masih belum menunjukkan kesan yang ketara ke atasisi rumah berkenaan. Makalah ini bertujuan untuk menilai impak program PEMP ke atas pendapatan isirumah pesisir yang tinggal di Kecamatan Cilincing, Jakarta Utara. Menggunakan pelbagai rekod rasmiagensi berkaitan bersama dengan maklumat yang dikumpulkan melalui pemerhatian di lapangan, temubual dan kaji selidik yang dilakukan antara April 2006 dan Disember 2007, kajian ini menemukanbeberapa dapatan menarik. Antara dapatan yang penting termasuklah: (1) secara keseluruhannya tidakberlaku peningkatan pendapatan yang signifikan selepas isi rumah menyertai program PEMP; (2) tidakterdapat perbezaan yang signifikan antara pendapatan ketua isi rumah {t (220) = 8.322, p<.050} danpendapatan isi rumah (t = -25.644, df = 157, p< .05) peserta PEMP dan bukan peserta PEMP; (3) tiadakesan yang signifikan program PEMP ke atas pendapatan isi rumah di kawasan pesisir KecamatanCilincing. Ujian statistik mengesahkan perkara ini (Compare Means Paired Samples T Test). Wujudnyamasalah alam sekitar dan kenaikan harga bahan bakar serta ketiadaan kemudahan asas untuk membantuusaha mereka menyebabkan Program PEMP tidak berkesan meningkatkan pendapatan pesertanya. Secaraumumnya kajian ini cenderung untuk menunjukkan bahawa, walau pun Departemen Kelautan danPerikanan telah berjaya melaksanakan program PEMP seperti yang dapat diukur berdasarkan amaun yangdiagihkan dalam bentuk pinjaman dan pelbagai agensi pelaksana yang ditubuhkan, namun prestasikeseluruhan agensi pelaksana yang terbabit dapat dikatakan sebagai lemah dan tidak cekap, dan programPEMP gagal mencapai objektifnya. Suatu polisi, strategi dan program yang sesuai perlu dibentuk bagimenggantikan program PEMP.PEMP, launched in 2001 is a public programme with the objective of enhancing the income level of thepoor households living in coastal areas of Indonesia. Until now the programme has yet to leave anysignificant impact on the households . The present article is aimed at assessing the impact of PEMP on theincome of households living in Kecamatan Cilincing, North Jakarta. Using official records obtained fromvarious related agencies, together with information gathered through field observations, interviews and aquestionnaire survey carried out between April 2006 and Dicember 2007, the present study revealsseveral interesting findings. Among the important findings are: (1) overall there is no significant increaseon the income level of the households after participating the programme; (2) there is no significantdifferent in the monthly income between participants and non participants of the programme among headof households {t (220) = 8.322, p<.050} and households (t = -25.644, df = 157, p< .05); and (3) finallythere is no significant impacts of PEMP on the income of households living in the coastal areas ofKecamatan Cilincing . Statistical tests (Compare Means Paired Samples T Test) confirmed the finding.Environmental problems, rising fuel prices and the lack of basic facilities to support their efforts havebeen among the important reasons for the ineffectiveness of the programme to increase the income levelof its participants. Generally, this study tends to show that although the government has succeeded in implementing the programme as measured by the amount of grant provided in the form of loans and theestablishment of various agencies, the overall performance of the agencies involved can be considered asweak and inefficient, and PEMP fails to achieve it’s objectives. A more appropriate policy, strategy andprogramme should be formulated to replace PEMP |