PEMP adalah satu program awam yang bertujuan untuk meningkatkan taraf kesejahteraan masyarakat
pesisir pantai, terutamanya isi rumah miskin. Sejak dilaksanakan pada 2001, program ini telah melalui
beberapa fasa pembaikan. Namun, hingga saat ini keadaan masyarakat miskin tidak berubah. Makalah ini
bertujuan untuk menilai prestasi PEMP dari aspek formulasi polisi dan implementasi program serta prestasi
organisasi khususnya tentang mekanisme pengelolaan program dengan rujukan khas kepada Kabupaten
Jakarta Utara. Menggunakan rekod dan laporan rasmi pelbagai agensi di kantor peringkat pusat, kabupaten
dan kecamatan selain pemerhatian serta temu bual mendalam dengan isi rumah dan pegawai di agensi
pelaksana terbabit, kajian mendapati beberapa penemuan menarik. Pertama, prinsip yang dijadikan garis
panduan bagi pelaksanaan progam telah tidak diikuti oleh agensi pelaksana di peringkat kabupaten dan
kecamatan. Pelbagai amalan salah laku juga turut dikesan. Kedua, evaluasi output menunjukkan bahawa
sebahagian besar pinjaman melalui Dana Ekonomi Produktif dimanfaatkan oleh isi rumah pedagang yang
tidak miskin. Ketiga, Koperasi LEPP-M3 yang ditubuhkan bagi meningkatkan tahap kecekapan pengurusan
dana pinjaman, juga gagal mencapai matlamatnya. Masyarakat pesisir tiada akses dan tidak mampu
membuat pinjaman. Jika membuat pinjaman pun rekod menunjukkan bahawa mereka tidak mampu
melunasi pinjaman dalam tempoh yang ditetapkan. Kajian ini menunjukkan walau pun pemerintah berjaya
melaksanakan Program PEMP terutamanya dari segi output kewangan dan penubuhan pelbagai agensi,
namun prestasinya lemah dan tidak cekap. Suatu polisi, strategi dan program yang lebih sesuai perlu
dibentuk untuk menggantikan program PEMP.
with the objective of enhancing the wellbeing of poor coastal community households. Since its inception
in 2001 and after several phases of improvement, the living conditions of the coastal poor households
remain unchanged. This paper presents the findings of a study aimed at assessing the PEMP performance
with regard to the mechanism used in managing the programme with special reference to the province of
North Jakarta. Using official records and reports of various agencies available at faderal, kabupaten and
kecamatan levels together with information gathered through field observation and indepth interviews with
household heads and officers in charge , the study reveals four important findings: (1) Non- compliance
and malpractices were prevalent among the implementing agencies at kabupaten and kecamatan levels; (2)
Most of the loans, particularly Economically Productive Grant (DEP), had been given out to households
members that were not poor; (3) Agencies such as the Cooperative of LEPP-M3 which was entrusted with
improving the level of efficiency in managing the loans had also failed to live up to expectation; and (4)
Many of the poor households remained ignorant and deprived of access to the loan facilities, and failed to
pay back loans within the specified period. In conclusion, although the government has succeeded in
implementing the PEMP, the overall performance of the programme may be considered weak and
inefficient. A more appropriate policy, strategy and programme should be formulated to replace the PEMP.